Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan.. dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.."

Monday, December 27, 2010

b'cuti di pulau pangkor..

sebuah feri yg baru nk b'gerak ke pulau pangkor..xdpt nk pergi pulau pangkor..
tgk feri je pn jadila..







semangatnye la dgn bju bolanye tu..beli mse b'cuti di pulau pangkor..
da x sbar sgt nk pkai..esoknya da pkai da..
muka mcm tkut je dik..tkut msuk air kt belakang tu ke?



Sunday, December 26, 2010

adikku yg comel..


keriangan adik t'gambar ketika mkn angin di Cameron Highlands..

abah & abang...


ketika abah & abang m'hadiri muktamar di Kelantan..

adikku..


inilah dye adk sy yg comel..
walaupun slalu m'nangis tp kdg2 dye mampu m'buatkn org lain t'tawa dgn aksi & lakonannye..

Friday, December 11, 2009

luahanku..



Ya Ilahi..
Kasihanilah hambaMu yang lemah ini,
Engkau Maha Mengetahui atas apa yang menimpa diriku..
aku tak ingin kehilangan cintaMu..
Namun Engkau juga tahu,
Hatiku tidak mampu mengusir pesona keindahan
seorang makhluk yang Kau ciptakan..
Saat ini,hambaMu sangat lemah berhadapan dengan tarikan dunia..
Ya Ilahi..
Berikanlah kepadaku cawan kesejukan,
Untukku meletakkan embun-embun cinta,
yang menitis dalam dinding hatiku ini..
Ya Ilahi..
tuntunilah langkahku..
pada garis takdir yang paling Engkau redhai..
aku serahkan hidup dan matiku
hanya untukMu..

Wednesday, December 9, 2009


..hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar hambaNya,
banyak yang perlu dikorbankan,
banyak lagi yang terpaksa dilepaskan..
sekali tersadung rebah menyembah,
kala itu melangkahlah gagah,
tatkala itu pengorbanan,
keikhlasan,
kesabaran,
sesekali air mata menemani..
Namun selagi prinsip hidup berada dilandasan yang benar,
usah digusar pada anugerah Tuhan..
Anggaplah apabila sesekali diduga sekadar untuk mematangkan
dan mengajarkan kita bangun
untuk menjadi manusia yang lebih baik..

khas buat sahabatku..

"Sahabat..tiada ikatan seutuh tali persahabatan..walau dilanda onak dan duri,ia tetap teguh berdiri,hilangnya tiada berganti,patahnya takkan tumbuh kembali..Jagalah jalinan persahabatan moga ia kekal abadi..Sahabat..kalau pun aku ada dihatimu,maka itulah kebahagiaanku..Banyak sekali ruang di hatimu,untuk Allah,Ibu,Ayah,saudara dan untuk orang yang kaucintai..Sahabat..kalaupun aku ada di hatimu,maka itulah sebab keceriaanku..Ruangan dihatimu beragam macam ruang tertinggi untuk Allah,ruang termulia untuk ibu,ruang terhormat untuk ayah,dan ruang terindah untuk saudara..Sahabat..kalaupun aku ada dihatimu,itulah penghibur birunya hatiku..Letakkan diriku di ruang yang sederhana,paling sederhana agar jarang kau ingat diriku tapi tak pernah kau lupa..

SAHABAT..

Sahabat ingati apabila sunyi..
Rindui apabila jauh..
Fahami apabila keliru..
Nasihati apabila khilaf..
dan memaafkan apabila berbuat salah..
Alangkah indahnya persahabatan apabila segalanya kerana Allah..
Bersahabatlah ibarat pohon..
Yang berakarkan kesetiaan..
Berbatangkan keikhlasan..
Berdahankan kejujuran..
Berantingkan kesefahaman..
Dan berdaunkan kasih sayang..
Persahabatan adalah anugerah..
Membuat kita tertawa,menangis..
Menerima,dan yang paling penting ia membuat kita menghargai hidup..
Semoga Iman menjadi perisai kemuliaanmu..
Semoga taqwa menjadi benteng peribadimu..

HATIKU...

HATI YANG SEDAR
Firman Allah,maksudnya:
"Sesungguhnya(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa)yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar),atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh(kepada pengajaran itu)dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya" (Surah Al-Ahqaf:37)

YA ALLAH,KURNIAKAN KEPADAKU HATI SEPERTI INI..

HATI YANG BERSIH
Firman Allah,maksudnya:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya(yang sedia bersih)bertambah-bertambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)

HATI YANG LURUS
Firman Allah,maksudnya:(Mereka berdoa dan berkata)
"Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia" (Surah Al-Imran:8)

DAN KAU PELIHARA DARIPADAKU HATI INI..

HATI YANG TERHIJAB
Firman Allah,maksudnya:
"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu(al-quran),padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat(yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)" (Surah Al-An'am:25)

Saturday, December 5, 2009

Allah S.W.T Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah

'Amir bin Saad dari bapanya berkata bahawa:"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.Maka kami pun turut solat bersama Rasulullah S.A.W.Kemudian baginda berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.Setelah selesai baginda berdoa maka Rasulullah S.A.W berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,dalam tiga perkara itu Dia cuma memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam(seperti banjir besar yang telah melanda umat nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telahbermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka(peperangan,pergaduhan sesama Islam).Tetapi permohonanku ini tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain,hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,orang kafir menepuk tangan dari belakang,apakah ini yang kita mahu??Renung-renungkan wahai saudara seislamku...