'Amir bin Saad dari bapanya berkata bahawa:"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit.Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.Maka kami pun turut solat bersama Rasulullah S.A.W.Kemudian baginda berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.Setelah selesai baginda berdoa maka Rasulullah S.A.W berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,dalam tiga perkara itu Dia cuma memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam(seperti banjir besar yang telah melanda umat nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telahbermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka(peperangan,pergaduhan sesama Islam).Tetapi permohonanku ini tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T.
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain,hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,orang kafir menepuk tangan dari belakang,apakah ini yang kita mahu??Renung-renungkan wahai saudara seislamku...
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan.. dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.."