Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan.. dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.."
Saturday, November 21, 2009
"Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu..sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini..Ya Allah Kau Maha Pengampun..di bayangan mentari aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan..dikala dinihari aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayangMu oh Tuhan... Andainya dihitung amalanku..belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMU..Oh Tuhan Yang Maha Pemurah kerdilnya diriku dihadapanMu..