Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya,"Mengapa engkau menangis?" "kerana aku seorang wanita",kata si ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti",kata anak itu.Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti".Kemudian anak lelakiitu bertanya kepada ayahnya,"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan",hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.Anallelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.Akhirnya dia menghubungi Tuhan dan dia bertanya,"Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:
"Ketika aku menciptakan seorang wanita,dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan"
"Aku memeberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anaknya"
"Aku memeberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memeberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya,Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa dia memerlukan"
"Kau tahu:Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,rupa yang ditampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya"
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana di situlah pintu hatinya,tempat di mana cinta itu ada"
Renung-renungkanlah setiap wanita..betapa istimewanya anda di sisi Tuhan..betapa berharganya seorang wanita..lakukan apa-apa yang disuruh dan tinggalkan apa-apa yang dilarang..InsyaAllah tempat anda ada di syurga"
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan.. dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan..Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.."